Menelusur Sejarah Keris Penghulu @ Keris Anugerah Sultan bagi Kerajaan Johor dan Jajahan Takluknya.
Secara umumnya terdapat banyak keris yang dikenali sebagai keris Penghulu di bahagian selatan Semenanjung Malaysia. Keris2 ini yang menjadi buruan dan kegemaran para kolekttor keris sebenarnya adalah keris ANUGERAH dari Sultan Johor yang diperkirakan bermula dari Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim (1862-1895: Temenggung Che Wan Abu Bakar/Ungku Abu Bakar). Anugerah ini ialah untuk para pembesar2nya dan juga orang yang berjasa kepada kerajaannya... ini termasuklah kepada orang asing iaitu orang-orang Inggeris.
Seterusnya pemberian keris anugerah dan sepersalinan ini telah dilanjutkan oleh Sultan2 Johor yang seterusnya.
Diperkirakan bahawa keris ini bukanlah keris kuasa sebagaimana yang didakwa oleh banyak pihak... melainkan ianya hanyalah berstatus ANUGERAH atau KURNIA dari Sultan sahaja bersama2 sepersalinannya. Oleh itu pengurniaan keris tersebut bukanlah bermakna bahawa individu yang menerimanya mempunyai kuasa yang diperturunkan oleh Sultan bagi menjalankan pemerintahan di daerah2. Berdasarkan kajian lapangan... Kerajaan Johor selepas era (1855-1862) Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim (Seri Maharaja Johor).... para pembesar2 Johor tidak lagi menggunakan keris kuasa bagi mewakili Sultan dalam pemerintahan jajahannya. Dengan kata lain.. keris ini adalah khusus untuk kawasan dibawah jajahan Sultan Johor dan bukannya Riau atau kawasan sekitarnya.
Sebab itulah keris 2 sebegini sebenarnya bukanlah langka sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak atau keris yang berkualiti tinggi seperti mana sesetengah buatan Sang Empu. Kebanyakkan keris2 ini ditempa secara pukal atau banyak bagi tujuan khusus majlis Anugerah tersebut.... kebiasaannya dianugerahkan pada hari Keputeraan Baginda Sultan. Dengan kata lain bilah2 kerisnya bukalah tempahan khusus untuk peribadi seseorang. Berdasarkan penelitian kepada bilah-bilah yang ditemui... kebanyakkannya masih mempunyai kesan kikir tanpa dihaluskan secar sempurna. Bahan besinya pula adalah bahan besi yang sudah melalui proses relau terutama pada bahagian baja/sloroknya. Bagaimanapun kebanyakkan dari bilah2nya mempunyai kualiti yang boleh dikatakan sebagai baik. Meneliti pakaian keris ini pula... pakaiannya adalah bercirikan pakaian keris daerah Melayu Johor - Riau - Lingga..... kerna ia mengikut ciri2 daerah setempat.
Kebanyakkan bilahnya pula ditempa seakan mengikut gaya tempa keris Bugis kerana pengaruh Bugis yang kuat dalam kerajaan Johor dimana Sultan sendiri adalah berdarah Bugis. Maka tidak hairan lah semua keris2 yang didakwa sebagaai keris Penghulu di kawasan Selatan Semenanjung ini adalah bercirikan dan mengikut gaya Bugis.

60 comments:
tumpang baca tuan ..
silakan Tuannnnn.... mohon juga masukannya ... kalau2 ada yang perlu ditambah dan diperbaiki....
pertabalan SPBYDPA takde bagi sepersalinan lengkap dgn keris ke?
baginda YDP Agong cuma bagi darjah kebesaran jer kot ..
yang ada ialah pada hari keputeraan ....Tuannn... barulah ada satu persalinan...
nnt saya sampaikan pd YDPA agar tradisi penganugerahan sepersalinan termasuk keris dipopularkan semula. Dan saya akan memohon pd baginda agar pihak istana menempah dgn tukang yg tak meninggalkan kesan kikir pd bilah2 anugerah... walau kesan kikir dikatakan oleh bbrp kolekter sbg signature empu atau tanda khusus keris anugerah huhuhu
nnt saya sampaikan pd YDPA agar tradisi penganugerahan sepersalinan termasuk keris dipopularkan semula. Dan saya akan memohon pd baginda agar pihak istana menempah dgn tukang yg tak meninggalkan kesan kikir pd bilah2 anugerah... walau kesan kikir dikatakan oleh bbrp kolekter sbg signature empu atau tanda khusus keris anugerah huhuhu
macam mana nak kenal keris ini ya
pak safie bisa aja datang ke KL dan memohon izin dari pemiliknya...
Satu pencerahan yang amat berguna. Camnilah baru dikatakan knowledgeable individual bukan merapu sana sini tanpa sebrg bukti! Well Done!
salinan di atas hamba bawakan secara keseluruhannya tanpa hamba edit, kurang atau tokok tambah...
Kalau sesiapa ringan mulut waktu berziarah bengkel Pak Mazin di Kuala Kangsar, mungkin ditunjukkan beliau keris yang sedang dipersiapkan atas permintaan al Sultan untuk dihadiahkan kepada seseorang. Inilah keris Anugerah yang lebih merupakan cenderamata tanda penghargaan. Namun keris kuasa kebiasaannya akan diambil semula oleh baginda Sultan sesudah berlaku pertukaran jawatan yang memegang kuasa.
like...
oh ya...dlm KCO tu tak sempat jawab soalan Pak Andi mengenai mutu garap prima...
Pak Andi, di jawa lain kerana empu di sana ramai sekali, dan finished product memang saya akui tahap prima. Tetapi kita membicarakan masalah keris anugerah di Semenanjung khususnya di Johor (pd masa itu Riau sudah dlm pentadbiran Belanda) yg mana kurangnya jumlah empu atau pandai keris
Pada saya, kedudukan keris anugerah itu tiada setinggi mana terutama pada orang lain, selain daripada penerima anugerah.
empayar johor riau zaman dulu kan luas .anugerah keris serta sepersalinan tu standard untuk yang dah berjasa pada sultan
rasanya saya ada gambar video salah satu bilah tersebut tapi tak berapa jelas. nak tgk ke?
boleh gak kalau dapat tengok semula keris.. thks in advance
ok saya cuba download ...
puas saya cuba upload di sini tapi tak boleh ... jadi saya upload di blog saya ...
ok boleh dah ... ini aje yg masih ada, yg lain dah di delete ...
tak dapat tengok la Maz .. kenapa yek ?
nak tgk vid ke nk tgk Maz?....
hehehe......dedua bro...
huhuhuu tak keluar pun gambarnya .. saya tengok mata biru tu lah hehee
video keris jatuh?
tak dpt tgk ke, razak? a ahh keris tu jatuh ... meja senget ... bergerak sikit aje terus jatuh ...
Biasalah keris yg didirikan bersampir mcm tu. Tak perlu keris anugerah ke apa ke.... keris baru buat pun boleh mcm tu. What's so special about that keris then?
nothing special ... cuma video salah satu bilah dr gambar di atas ...
maaf tuan rumah , keratan di atas itu tuan ambil dari mana ya ?. sebab di situ tentu ada gambar2 bilah nya tu..dan ingin juga nak tahu siapa yg menulis nya dan juga latar belakang nya .Saya cuma ingin tahu kisah selanjut nya tentang keris2 anugerah ini.seperti adakah ia nya di buat di johor atau di riau sendiri dan di bawa ke johor utk upecara itu.Saya percaya kalau sudah ada keterangan tentang keris2 anugerah ini ,sudah pasti ada penjelasan tentang keujudan nya itu dari mana,dan dari tukang2 di mana
Ini adalah kerana saya amat teruja dgn bilah2 yg di beri gelaran bilah penghulu/bagan ini. Oleh kerana saya amat suka dgn bilah2 ini, kisah nya tu harus saya ketahui dgn lebih lanjut lagi ( pencarian utk diri sendiri saja. bukan bertujuan utk apa2.selain hanya utk diri sendiri) Keris2 yg kita suka pasti nya itu adalah bilah yg special bagi diri sendiri , bak umpama bilah debek utk di timur semenanjung dan sewaktu dgn nya. walau pun bilah nya itu huduh tapi pengemar nya banyak.
kita kena terima apa juga info yg terbaru tentang sesuatu bilah, kemudian kita kaji di mana kebenaran nya tu. kalau sudah terbukti .apa salah nya kita ikut.kalau tidak ada bukti2 nya , ketepikan saja info2 yg baru dtg tu.. keris2 penghulu/bagan ini saya akui garapan nya itu kurang bagus. tapi saya juga tidak boleh nafikan yg saya amat gemar dgn bentuk bilah, besi ,cara tempahan,susunan pamur,keseimbangan pernampilan besi baja serta dgn reka bentuk jenis pakianan nya tu. sesetengah dari pada sarong nya tu di lengkapi dgn corak2 lakaran dari prada emas. sangat teruja. dlm pemerhatian saya utk keris2 ini ( anugerah) dlm 85 peratus yg saya lihat sampir nya mengunakan kayu dari bahan burl atau di panggi gembol..mesti ada bersebab nya yg saya sendiri belum tahu.
Bagi saya gambar yg di atas itu ,tidak boleh kita buat sebagai rujukan, kerana ia nya berlaian bentuk, serta peralatan hiasan nya itu juga agak lain dari apa yg saya tahu.pendokok nya itu juga agak berlaian bentuk.( mungkin ia nya sudah di tukar oleh pemilik yg tak tahu)Hanya tulisan itu saja yg kita boleh guna pakai.Karangan dan gambar itu tiada bersangkutan dgn apa yg di bicarakan. MUngkin itu kesilapan teknik penulis. atau pun mungkin saya yg kurang pengatahuan tentang bilah penghulu/bagan.
bagi saya yg di sebelah kanan itu berpakian dari daerah kelantan, dan yg kiri itu pula berpakian dari riau, cuma yg di kiri itu pula guna pendokok yg tidak sewaktu dgn daerah nya . atau ada pendapat yg lain?
hamba tunggu masukan dari sahabat yang lain dahulu.... moga perbincangan ini dapat membawa pengetahuan yang berguna untuk kita
Tuan Syahrim... nak minta pendapat... istilah keris Penghulu ini dari mana asalnya??? atau ada catatan bertulis di mana2???.... satu lagi siapakah yang boleh 'menetapkan' yang ciri2 bilah Penghulu ini... misalnya.....mesti begini bentuknya, tebal bilahnya mesti begini... sarungnya mesti begini atau bahan kayunya mesti begini.....
setakat ini kajian hamba ... hamba berpandangan...
1. keris Penghulu tak semestinya keris anugerah sehingga diperolehi sejarahnya...
2. keris anugerah pula tak semestinya keris Penghulu.... boleh jadi keris lain
3. keris anugerah tetaplah keris anugerah ...sekiranya diketahui dengan jelas sejarahnya...
terbaru..... hasil kajian lapangan.... keris Penghulu atau/dan keris anugerah di Johor tidak sama dengan keris Bagan di Perak.... walaupun ciri2 fizikal sarungnya hampir sama...
Gua nk komen sesimple @ semudah yg boleh dan buikan berniat nak memperlekehkan sesiapa. Kepada bro yg menulis thread ini, gua tabik @ respect kerana perkongsian dan mind-tickling punya article.
Gua bukan golongan istana (tapi kenal juga lah brp tuan2 punya istana). Yag dikatakan keris anugerah adalah sebagaimana yg terdapat dlm teks di atas. Kebanyakkan dari kita berpendapat kalau keris itu keris anugerah Sultan @ Raja sekurang2nya sampirnya kemas dan berhulu cantik. Ada yg kata hulu gading, bersampir emas @ perak sana sini...tak salah. Tapi..setahu gua itu bilah kepunyaan Sultan @ Raja @ personal to holder. Kalau ingin dianugerahkan sekalipun, hanya kepada seseorang dan tidak selayaknya diperturunkan kepada sesiapa. Itu antara syaratnya. Yg terkilan dalam perbincangan ini, gua observe di kalangan kita, make-up sana sini sampir dan hulu diganti dan dikatakan bilah anugerah, Raja sana bagi Sultan situ serahkan! Bila ada antara kita mempersoalkannya, tarik muker sana sini, itu hak kalian!
Dari Johor, Selangor, Kelantan dan Terengganu udah gua redah, setakat ini (mengikut cerita golongan pemastautin tetap di istana) dalam 10 cerita mengenai bilah anugerah 1 aje kot yg boleh percaya! Contoh di zaman Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah, keris anugerah @ kurnia diberikan kepada hanya 4 org pembesar jajahan dalam bentuk keris luk 5 bersampir dan berhulu ganding dan berpendokok emas. Kalau negeri lain, sekadar sarong2 biasa tetapi buatan bilahnya amat kemas (tk kira tebal ke nipis) kerana bilah itu bukan sahaja sebagai perhiasa, tetapi diGUNAkan juga seperti di Kedah.
Kalau nak bercerita, gua rasa sampai waktu solat tak habis. Namun gua ucapkan terima kasih kepada penulis thread ini. Ingin gua tanya, apa tujuan sebenar tuan2 mengatakan bilah itu kepunyaan Raja @ anugerah @ kurniaan? Kalau untuk menaikkan nilai bilah, itu sekadar marketing strategy, tapi kalau inginkan diri dilihat sebagai golongan bangsawan @ istana @ angkat bakul sendiri, nasihat gua pandang dan lihat ke bawah..takkan tercapai langit yang tinggi. Harap maaf kalau kata2 menyinggung perasaan sesiapa..!
Terfikir pula...kaalau camtu, keris panjang Beruk Berayun yang sampir dan hulunya nampak cam biasa aje tidak layaklah digelar keris kuasa sebab tak tak bersalut emas @ gading @ berkilau2an!
LIKE!...LIKE!...LIKE!!!....
Alamak....! Mungkin ada pulak yang akan kata keris panjang Beruk Berayun bukan yang ori sebab yang ori keturunan dia pulak simpan...! Camtu kita tunggu apa komen dari istana belah sana!!!
TERBAIIIKKKKKKK!
istilah penghulu ini saya dapat tahu dari pangilan2 org2 yg terdahulu dari saya, dan juga saya juga tidak tahu mana dtg nya pangilan keris yg ada di malaysia, seperti melela, cerita,unduk2, alang,penyalang,keris panjang , keris selit keris bugis, tok chu,pandai saras, keris daun buluh,debek, beko, lemping,sotong, bilah lurut,sepukal. Jadi dari apa yg mereka panggil itu lah yg saya panggil.
bagi saya , setiap bentuk bilah sudah pasti ada nama atau pangilan nya, dan ia juga mesti di lengkapi dgn ciri2 bentuk bilah dan ricikan nya serta juga ketebalan bilah .Kerana dgn ini jugalah kita dapat pastikan ia nya tergolong dari keluarga yg mana.Tidak di nafikan lain tukang lain juga lengok nya. tetapi mereka2 itu seberapa boleh akan mengekalkan bentuk serta ricikan nya itu, supaya bilah yg mereka hasilkan itu masih dlm keluarga yg di maksudkan.
Persoalan pengunaan bahan kayu ,bagi saya,itu adalah personal pada pemilik senjata. cuma pd tulisan saya di atas itu adalah kenapa hampir 85 peratus dari jenis bilah ini mengunakan bahan tersebut.sedangkan tidak semua pokok ada punya burl pd batang nya tu.( bahan yg agak susah di dapati)
Pandangan tuan tentang keris anugerah itu saya setuju.kerana ia nya boleh jadi dari jenis keluarga yg lain dan juga ia nya terpulang kepada org yg di pertangongjawabkan dlm hal tersebut.Tapi tidak berapa setuju dgn kata keris tidak punya sejarah, Bagi saya setiap keris yg di tempa pasti ada sejarah nya , Bagi saya sejarah nya bermula dari niat org yg ingikan bilah tersebut terus ke pencarian besi ,di tukang membuat nya hingga lah bersejarah pd pemilik nya tu .( sejarah - kisah atau perjalanan sesuatu benda,tempat atau org mahu pun binatang dan pokok)
Ini gua sokong 175% kenyataan yang memang ada kebenaran. Tempa bukan sebarang tempa, tempaan datang sang empu yang tahu akan isi hati @ taliperut tuan empunya bilah!
Sepatutnya, kita udah ada detail2 spt ini agar generasi akan datang tidak terkapai2 cam kita nak tau sesuatu mengenai bilah2 tertentu. Specifications sebegini yg perlu kita usahakan, bukannya bertelagah sesama sendiri mengatakan itu bilah baru, ini bilah tua dsb. Specifications bagaimana pula? Bygkan ajelah bilah Jawa berhulukan Semenanjung sbg contoh (mungkin bad example..sorry!)
sabarrrrr je lah..
opppssss.... bila masa pulak Tuannn.... hamba ada berkata keris tak ada sejarahnya...
ni hamba salin balik tulisan hamba di atas tu...
setakat ini kajian hamba ... hamba berpandangan...
1. keris Penghulu tak semestinya keris anugerah sehingga diperolehi sejarahnya...
2. keris anugerah pula tak semestinya keris Penghulu.... boleh jadi keris lain
3. keris anugerah tetaplah keris anugerah ...sekiranya diketahui dengan jelas sejarahnya...
opppssss.... bila masa pulak Tuannn.... hamba ada berkata keris tak ada sejarahnya...
ni hamba salin balik tulisan hamba di atas tu...
setakat ini kajian hamba ... hamba berpandangan...
1. keris Penghulu tak semestinya keris anugerah sehingga diperolehi sejarahnya...
2. keris anugerah pula tak semestinya keris Penghulu.... boleh jadi keris lain
3. keris anugerah tetaplah keris anugerah ...sekiranya diketahui dengan jelas sejarahnya...
pd tulisan ini lah saya ambil. tuan. bagi saya sejarah itu tetap sejarah , semaada betul atau salah itu yg patut kita rungkaikan
nak tanya dari mana tulisan tentang kisah penghulu di atas itu di petik.?
sangat setuju dgn pendapat ini.amat terang dan berfikiran terbuka serta ketara logik nya .Sebab apa yg kita lihat sekarang pun macam itu lah, ia nya bergantung pd penyusun acara.serta org2 yg terbabit.
Tapi apa jadi dgn keterangan yg di atas?
Ada percanggahan sedikit antara penerangan anakcurra dgn keterangan pd imbasan tajuk nya. bagai mana pun saya amat setuju dgn keterangan yg di beri oleh anakcurra utk keris2 anugerah, ia nya tidak semesti nya dari satu jenis atau keluarga.yg harus di jadikan keris anugerah
Secara umumnya terdapat banyak keris yang dikenali sebagai keris Penghulu di bahagian selatan Semenanjung Malaysia. Keris2 ini yang menjadi buruan dan kegemaran para kolekttor keris sebenarnya adalah keris ANUGERAH dari Sultan Johor yang diperkirakan bermula dari Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim (1862-1895: Temenggung Che Wan Abu Bakar/Ungku Abu Bakar). Anugerah ini ialah untuk para pembesar2nya dan juga orang yang berjasa kepada kerajaannya... ini termasuklah kepada orang asing iaitu orang-orang Inggeris.
antara yg di atas dgn keterangan anakcurra ini
. keris anugerah pula tak semestinya keris Penghulu.... boleh jadi keris lain , saya lebih berpihak keterangan yg di beri oleh anakcurra ( yg di bawah itu )
kebiasaannya dianugerahkan pada hari Keputeraan Baginda Sultan. Dengan kata lain bilah2 kerisnya bukalah tempahan khusus untuk peribadi seseorang. Berdasarkan penelitian kepada bilah-bilah yang ditemui... kebanyakkannya masih mempunyai kesan kikir tanpa dihaluskan secar sempurna
Pada keterangan ini pula .Di mana letak muka dan daulat nya seorg raja, kalau barang yg di anugerakan kepada sesorg itu , mutunya amat rendah. Apa kah yg akan di perkatan oleh sang penerima.? Zalim kah seorg raja itu atau beliau itu seorg raja yg amat kedukut, Setahu saya sejarah org2 dulukala ,mereka berkhidmat utk raja bukan kerana duit , ia nya lebih kepada berjasa pd raja nya. kalau ada imbuhan pun pd fikiran saya tak seberapa pun. Satu pekara lagi pd era tersebut ,mampukah sesaorg rakyat itu membuat sesuatu yg tidak bagus utk di serahkan pd raja mereka ? hemmmmm itu juga menjadi satu persoalan....di minda saya ini.. Sebab selalu nya yg di pertontonkan di kaca tv dan juga di meida masa , seorg raja itu akan menjadi murka ,kalau menerima sesuatu yg tidak baik atau tidak bagus kualiti dari rakyat nya sendiri..
kemungkinan akan di potong keparrra.. hait!!! nipon pun tarak suka ini kan pula raja...
keseluruhan imbasan yg di tulis oleh tukang karang atau tukang yg memberi keterangan yg di atas itu , ada sedikit keraguan pd diri saya di sini.
1,hanya satu jenis keris saja yg di jadikan pekakas/barang sebagai salah satu dari barang anugerah dari nya
2 buatan dan bahan yg di gunakan itu adalah dari bahan yg tidak berkualiti, sedangakan yg nak di beri itu pd org2 yg sudah berjasa, kenalan baginda,pd kerajaan yg lain,pada pembesar2 negeri dan pd org2 inggris.
Jadi pada pendapat saya ada yg tak berapa klik lah di situ..buruk sangat kah raja2 kita dulu.,bodoh sangat ke dia tu...hingga tidak menjaga maruah negara beliau sendiri, Apa pandangan ketua2 negara serta serata pembesar negara terhadap perlakuan begini????
Ini pendapat saya saja , tak ada bersangkutan dgn yg lain..
ini juga mungkin dari sifat sesetengah org yg melaksanakan tanggungjawab sbg penyampai maksud raja kepada tukang keris.... tuan2 pernah dengar kah bhw terdapat wakil raja dan kroni2nya menempah dan membayar keris kpd tukang (masih hidup lagi tukang ini) dan membayar kira2 2-3 ribu shj padahal pihak istana memberi bajet jauh lebih tinggi dari itu.
Saya juga tidak terperanjat kalau "ketirisan" ini berlaku dari zaman dahulu lagi, bahkan di era kesultanan Melaka (abad 15) hal2 ketirisan sering digambarkan berlaku di kalangan pembesar (dari laksamana Khoja Hassan, Raja mendeliar, Tun Mutahir dll).
Mengenai lokasi pembuatan keris, agak sukar dikesan, namun saya percaya kemungkinan besar dibuat di Trengganu berdasarkan kesamaan yg jelas dgn bilah2 trengganu (bugis styled) - bezanya, bilah2 trengganu (keris2 tempahan khas) mempunyai mata yg lebih refined. namun, ada juga kemungkinan bilah2 anugerah ditempa di Johor, hatta Perak dll. Pendataan mengenai pandai keris di Semenanjung memang sukar dilakukan kerana kekurangan bahan rujukan.
maka itu tak timbul soal raja itu zalim atau kedekut taik idung masin.... raja dah bagi bajet.... tapi ada org yg mungkin ambil kesempatan mencari untung...dan ini berlaku hingga kini..... (rasanya ini kes Pak mazin....ingat2 lupa...boleh tanya Pak mazin sendiri)
heheh teringgat kat keris pusaka den dari negeri sembilan nak gak tahu kategori apa yer keris penghulu ke pembesar hehee
setuju
kalau di bandingkan dgn zaman sekarang .tak boleh di pertikaikan lagi.sememang nya ujud.hal2 ini
tapi ini kisah dulu ..baginda sendiri yg menitahkan. mungkin raja2 itu sebuk melayan gundik2 nya.. ( rekaan semata2) kekekekkekekkkkkk
Kalau sekarang tak mustahil raja itu sendiri tak melihat apa yg dia bagi pd org itu. sebab semua nya telah di atur tampa baginda tahu. cuma di beritahu tentang perlaksanaan nya saja . apa yg di tulis ini bukan utk menidakkan apa yg telah di perkatakan oleh saudara harizan, cuma ingin pencerahan.saja.kerana kita di sini bukan utk mencari siapa yg lebih pandai .Hanyalah utk mencari ilmu secara ilmiah semata2. Salah satu sebab nya ,kerana kita tak tahu apa yg berlaku di zaman dulu , cuma berpandukan tulisan dan juga cerita yg di tayangakan serta yg telah di bicarakan. Bertengkar dan bermasam muka bukanlah satu penyudah yg kita cari. kita di sini tak ramai ulang alik kita juga akan bertemu muka. dan juga jgn memperlekehkan pusaka org lain.. itu saja.Nama saja hobby. jadi santai2 je lah
betul tu bro Syaharim, kita santai2 aja deh.....
mengenai raja ambik pot atau tidak barang anugerahan, saya lebih percaya raja sememangnya jarang ambik pot... bahkan berkenaan nyawa org penting spt Hang Tuah pun dia tak ambik pot...malah tanpa usul periksa terus jatuh hukum. tak cukup dgn tu, raja pun tak tau dia kena tipu dgn bendahara yg HT sebenarnya tak mati hehehehe
kekkekekekkekekekekkekekekk.. janji apa yg dia mahu kan dia dapat, kalau ada yg ingin menjatuh kan maruah nya juga dia hukum,ingin jatuhkan kerajaan nya juga hukum,buat salah dgn dia mahu pun pd istana juga hukum,selingkuh dgn gundik nya juga hukum,org kebanyakan mahu canon anak dia juga hukum,anak dia buat salah pd org lain juga org lain tu kena hukum,pendek kata semuanya kena hukum lah... Itu lah pasal bahasa menunjukan bangsa..itu lah pasal ayat mesti betul, jgn sampai kawan2 rasa di hina. Cuba katakan ini pendapat bukan nya menuduh atau apa yg kita katakan itu betul semata2.cuma pendapat. dari segi penerimaan terpulang lah pd pembaca.yg menerima teruskan saja , dan pd yg tak menerima pendapat itu biarkan saja dgn cara mereka. cara penerangan itu mesti betul dan tertip.
Dan macam tampal koyok lah pulak ... sakit kepal tampal koyok, sakit perut koyok juga, sakit sendi koyok ,terseliuh koyok,sengal koyok .. hahhahahahahhah. pendek kata kalau semua jenis sakit boleh di tampal koyok .. pisssst sakit hati kena tampal koyok jugak ke? makkkkkkkk
ya bro...nasihat bro ini amat bernas...malah rasanya bro Syaharim la yg paling terkesan memberi pendapat secara professional dan tidak memihak.....
saya ni satu je, jgn provoke dgn statement menghina kononnya saya tak tau apa pasal keris, takkan dah main keris sbg kolekter lebih 5 tahun masih tak reti...tak campur saya main keris sbg pesilat sebelumnya..... tapi sy respek dgn bro syaharim yg tak jemu2 membei informatif posting/komen. tak setuju tak mengapa, jgn serang peribadi. saya tak pernah mendakwa sbg seseorang yg saya bukan - tak pernah dakwa diri sbg professor dsb...saya adalah saya
dah nampak dah hehee ..nampak ada tangan ambil gelas , tu yg meja bergegar agaknya :)
Post a Comment