proses menyampirkan....... pakai sampir terpakai.............almaklumlah orang fakir.......sampir lama ni rasanya dari kemuning emas tua.....tak tau lah sesuai ke dak ngan bilah alang Kuasa ni...........tapi ni je lah yang hamba mampu buat masa ni......
bilah berlurah depan dan belakang...............bilah nipis tidak seperti keris alang yang biasanya tebal atau hampir membulat...............panjang 63.5 cm.........besi halus licin berserat............
TIDAK UNTUK DIMAHAR, BARTER, TRADE IN ATAU PERAIT......
37 comments:
hmmm......... angguk angguk..... dahi berkerut2.....
hehehe... macam la pandai sgt saya ni...
hhhhmmmmmm.........apa yek......
bilahnya sangat nipis dan berlurah di kedua2 belah sisi...... tak seperti bilah keris alang atau anak alang......bilah daerah mana agaknya??.....any info....
tengah cari bekas mandi......panjang sangat......
bilahnya flexible macam pedang jian cina ker?
Mohon pencerahan............. bilah daerah/asal manakah ia??..............
belum mandikan lagi............. tak jumpa lagi bekas yang panjang...huhuhuhu
hulunya sayup mata memandang bang.... panjang.
hulu tanduk tua......... gaya variasi topengan, balu mekabun....................gaya yang simple walaupun sebenarnya sarat dengan makna...........
bilah yang nipis........... bentuk ganja yang ringkas dan nipis........ menunjukkan keris alang gaya semenanjung????.................
hulu tanduk tua............memakai pendokok perak lama.......gaya kelopak teratai.....mengandungi 8 kelopak.......bertatah ukir halus.............
sedang menanti giliran untuk dipakaikan dengan pakaian sari bulan atau gaya sampir semenanjung.........gelang peraknya sudah menanti.......perak yang biasa2 sahaja....
proses menyampirkan....... pakai sampir terpakai.............almaklumlah orang fakir.......sampir lama ni rasanya dari kemuning emas tua.....tak tau lah sesuai ke dak ngan bilah alang Kuasa ni...........tapi ni je lah yang hamba mampu buat masa ni......
sampir je yang ada buat masa ni........... batang sarungnya.........hhmmmm........kenalah hantar ke tukang Pendhowo5......rasanya hujung sarungnya mau ikut gaya keris alang Tuan Pang5......
http://jawa27272.multiply.com/photos/album/43/Alang?replies_read=7#2
comel sampir ni.....so cute
sampir terpakai je Tuannnn........... tak mampu.......huhhhuhuuu
sampir terpakai takpe yang penting tiba2 keluar dari pertapaan ni yang pelik serupa macam prof ramli ni pakat main terjumpa pulak ker? hehehehe
belum di buat finishing Tuann...... masih perlu diperhaluskan.....
ehemmmmmmmm
tak jumpa batang serunai lagi ker kalau tak jumpa hamba balik ni nak tebang pokok nak buatkan batang serunai macamana ok ker
nak buat sampir pun bulehhhhhhhh
huhuhuhhhuh...........aduussssssssssssssssssss.................
nanti kita buat same2 ye
kalau tak almari yang bakal nak ditempah tu takde apa lagi masih kosong kira bolehlah
hehehehehe
kejap lagi penuh lah tu.................... mulakan satu je........... kemudian berderet2 le....hhehehehhehehehhe
almari kecik padan dengan kocek kecik
takde dapat letak banyak
walaupun keris ini adalah keris kuasa.........rasa hamba.....kerna bilahnya yang nipis ....berlurah pula.......mungkin kurang sesuai untuk dijadikan penyalang..... takut patah/bengkok.......jika mengikut asal usul hamba..... taklah dapat hamba katakan keris ini sebagai keris kuasa............. kerna keris kuasa bagi hamba tetaplah keris naga..............mungkin untuk anakanda hamba .....
kalau amanah tak kemana pada keturunan akan turun juga.
yang penting jagalah amanah keturunan supaya tak hilang dari mata
kini berada di rumah pandai kayu untuk proses melengkapkan batang sarung serta buntut sarungnya.............cadangan batang sarung dari kayu kemuning api dan buntut lipasnya dari tanduk kerbau.................
macam keris panjang kelantan, hulu tangkai labu. bila nak buat batang serunainya?
dah kat tukang......... tak tau bila siapnya...............
alhamdulillah............. bilah keris Panjang Semenanjung ini telah selamat berpakaian...... dengan ala kadarnya.... sesuailah dengan taraf 'pemegang'nya.... seorang fakir.....
satu2nya keris panjang yang ada pada hamba.....
kayu serian batang serunai tu lawaaaaaa...... tak ditutup dgn perak pun lawaaaaa. ish ish ishhhh
kayunya memang puas hati.... kelassss...... perak tu.... perak reject.... sesuai untuk hamba ni.....
hamba dapat perkhabaran bahawa bilah yang sebegini adalah sinonim dengan keris panjang Kuasa di daerah Pattani serta sebelah kedah tua..
pendapat terbaru menyatakan bahawa keris ini daerah asalnya ialah Sumatera atau Riau...... Keris Panjang/Kuasa bagi keturunan Bugis...... dan hamba telah tukarkan hulunya dengan hulu Balu Mekabun gaya Lampung/Palembang dari bahan akar bahar hitam.....
pertanyaan.... apakah agaknya perkaitan antara daerah Riau/Palembang dengan Patani...... kerna punya bentuk bilah yang sama??...
Post a Comment