Alhamdulillah..... pada hari Sabtu yang lalu, Keluarga Panca Pendhowo 5 telah selesai mengadakan satu sesi serasahan/diskusi yang di adakan di Kota Damansara. Saresahan/diskusi telah dipimpin oleh tamu jemputan iaitu Saudara AZLI PEDANG. Antara lain yang didiskusi kan malam itu ialah berkenaan senjata sundang dan sejarahnya di Alam Nusantara khususnya di Moro, Sulu, Riau, Kelantan/Trengganu. Saudar Azli juga telah membentang satu teori sejarah sundang dan perkembangannya di Alam Melayu. Serta penerangan serba sedikit tentang sejarah salsilah Raja2 Minang.......
Antara yang hadir malam itu ialah Tuan Kairul Azhar dan adiknya, Tuan Harizan, Tuan Nazri, Tuan Azlan, Tuan Syaharim dan ehemm2nya.... serta hamba sendiri.....
Pihak Keluarga Panca Pendhowo 5 berharap agar majlis2 seperti ini akan dapat diteruskan dimasa2 akan datang dengan topik perbincangan yang lain pula.
58 comments:
wow ... tak bleh tahan lah yang ikatan kuning tu comel benar .. yang lain boleh dapat close up ker bro.. tak dapat pengang dapat tengok gambar pun jadilah.
salam Tuan Ajisaipan...... yang ikatan kuning tu..... hhehehheheh...... yang lain tu... gambarnya kecik je..... belum boleh bg yg close up.... belum dapat laluan dari tuan empunya nya.......
comel molek sundang ni rasa nok gi ke mindanau beli sundang hok boleh potong besi...
ehhehe ..... memang rugi tak hadir malam tuuu .... bukan senang nak tengok koleksi saudara azli kita tu ....
teramatlahhhhhh....... ruginyaaaa..........hahahhahahaha..............koleksinya khabarnya akan di tapa kan............ hanya akan keluar jika ada jemputan........nasib korang le..........
tak perr ..... aku dah scan kat rumah azli tu ... hehheh
mana hasil serasihan nya .... tak pamir kat MP ker ?
hasil saresahan dah tentulah ada pada yang datang....hhahhahahahahahhahah
OK .... no problem .....
tengoklah gambo aje man antik huhuhu....
gambar dah tengok ...... hehehe ....
lupa nak tanya .... ini pengesahan apa ?
inilah pengesahan bhw Adityawarman, Daulat Pagaruyung sememangnya berasal dari Tanah Jawa - kira adik beradik juga dgn Kalagemet atau dikenali sbg Prabhu Jayanegara - 2nd Majapahit King
Rugi ko tak datang Man....banyak perkara baru yg kita org pelajari..contohnya cara mengenali Sundang Moro dan Riau .dan juga mempelajari sejarah orang bugis di Malaysia am nya..dan siapa itu bangsa bugis.
Kalau ko nak dengar aku ada buat voice recorder.
namun masih tiada penyelesaian secara mutlak - samada sundang digunakan sbg senjata atau sbg pakaian utk sipat kandhel shj. Jika digunakan sbg senjata, bagaimanakah cara permainannya?? Saya masih nantikan kupasan anakcurra atau Pang5 atau bugispajung dlm blog masing2 dlm topik sundang ini......
ini lah baiknya bila ada saresahan..... kita boleh berbincang, bertukar2 pendapat, masing2 ada pendapat dan semua terimanya sebagai input yang berguna.......
terima kasih kpd Sdr Azli Pedang yang menerangkan secara panjang lebar akan senjata Sundang, sejarahnya..... serta input dari yang lain seperti Sdr Khairul akan kesesuaian permainan sundang......
memang kita masih menantikan input2 yang baru akan sundang ini...... yang mana dikatakan di tanah asal sulawesi pun tiada kewujudan sundang.......
dan bagaimana wujudnya sundang di Moro..... kaitannya akan Sundang di Alam Melayu.....
mungkin para Sesepuh yang lain ada sumber yang patut dibincangkan bersama......
2 hari lepas saya sempat tengok astro Chanel 555 (History) berkenaan bangsa Moro yg dijajah oleh Sepanyol. Kemenangan Sepanyol setelah berkali cuba mengalahkan Bangsa Moro akhirnya tercapai juga...dlm citer tu juga ia menunjukkan cara permainan Barong..tetapi sundang saya tak sempat lihat...tetapi dilm peperangan dilihatkan penggunaan senjata itu seperti pedang ..lebih kepada mencantas lagaknya.
ya, aku ada tengok jugak selepas di sms oleh Azli.......
sebenarnya Spain TIDAK PERNAH berjaya menjajah bhgn selatan filipina yg dikenali sbg Moro land.... adalah menang bbrp battles, tetapi gagal menewaskan Moro secara total (sbgmana US kat Afghanistan skrg). Cuma apabila Spain tewas dlm perang Spanish American war, Amerika berjaya mendapatkan kepulauan filipina, dan kerana Amerika adalah musuh Spain, maka Moro menerima Amerika sbg sahabat. Ruj dlm cut & paste below..... enjoy
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jump to: navigation, search
Spanish-American War
Part of the Philippine Revolution, Cuban War of Independence
A 20th century painting depicting U.S. soldiers at the battle of Cuba, known as the "Charge of the Rough Riders at San Juan Hill", by Frederic Remington.
Date April 25 – August 12, 1898
Location Cuba, and Puerto Rico (Carribean)
Philippine Islands, and Guam (Asia-Pacific)
Result Treaty of Paris
Philippine-American War
Territorial
changes Spain cedes Cuba, the Philippine Islands, Puerto Rico, and Guam to the United States for the sum of $20 million.
Belligerents
United States
Cuba
Philippine Republic
Katipunan
Kingdom of Spain
Cuban and Puerto Rican Loyalists
Filipino Loyalists
Commanders
Nelson A. Miles
William R. Shafter
George Dewey
Máximo Gómez
Emilio Aguinaldo Patricio Montojo
Pascual Cervera
Arsenio Linares
Manuel Macías y Casado
Ramón Blanco y Erenas
Strength
Cuban Republic:
30,000 irregulars[1]
United States:
300,000 regulars and volunteers[2] 208,812 – 278,447 regulars and militia[3] (Cuba),
10,005 regulars and militia[3] (Puerto Rico),
51,331 regulars and militia[3] (Philippines)
Casualties and losses
Cuban Republic:
10,665 dead[1]
United States:
345 dead,
1,645 wounded,
2,565 diseased[4] Spanish Navy:
560 dead,
300–400 wounded[5]
Spanish Army:
6,700 captured,[6] (Philippines)
13,000 diseased[3] (Cuba)
v • d • eSpanish American War
Pacific – Puerto Rico – Cuba
The Spanish–American War was an armed military conflict between Spain and the United States that took place between April and August 1898, over the issues of the liberation of Cuba. The war began after American demand for the resolution of the Cuban fight for independence was rejected by Spain. Strong expansionist sentiment in the United States motivated the government to develop a plan for annexation of Spain's remaining overseas territories including Cuba, the Philippines, Puerto Rico, and Guam. [7]
The revolution in Havana prompted the United States to send in the warship USS Maine to indicate high national interest. Tension among the American people was raised because of the explosion of the USS Maine, and the yellow journalism newspaper that accused Spanish oppression in its colonies, agitating American public opinion. The war ended after victories for the United States in the Philippine Islands, and Cuba.
On December 1898, the signing of the Treaty of Paris gave the United States control of Cuba, the Philippines, Puerto Rico, and Guam.
salam tumpang lalu tuan rumah
saya dengar cerita orang-orang tua asal usul sundang sememang nya dari keris jua
adapun keris kebiasaan bertentangan dengan adat dipanggil keris sumbang (sumbeng) dan akhirnya faktor loghat menjadi keris sundang
waallah hu alam
saya bercakap pula ni dari segi logik...maaf kalau salah..
xkan keris yg kecik boleh disalah buat sampai menjadi sebesar itu?mcm jauh sgt jer larinya?kalau sumbang atau sumbeng, biasanya perbezaannya hanya sedikit sahaja..kalau dah sampai 5-6x beze saiznya, xmungkin salah buat anakserigala..
lebih besar atas sebab
1/ menyaingi senjata pedang sabet belanda
2/ adaptasi dari senjata moro yg berjaya menewaskan bangsa eropah i.e. Spain
3/ penggunaan diperang terbuka memerlukan senjata yg panjang & berat
yg lain2 silakan bagi input
satu soalan.....asal usul sundang......
senjata sundang di bawa dari alam melayu ke moro
atau
sundang moro di bawa ke alam melayu
tiada jawapan yg benar2 pasti bro, cuma bolehlah dikatakan sundang adalah adaptasi senjata keris yg asalnya alam melayu hasil dari perhubungan perdagangan hamba abdi antara puak Tausug dan Moro dengan kesultanan Borneo hingga ke Melaka.
Ruj> spt yg dipaparkan dlm history channel tajuk "Raiders of the Sulu Sea"
Dan ada beberapa accounts yg menyatakan bhw kris atau sundang juga digunakan dlm pertempuran atau tindakan "juramentado" - lebihkurang macam amuk juga. Seorang pegawai tentera Amerika, Cornellius C Smith ada memberikan gambaran mengenai juramentado ini
Juramentado - A suicide custom of the Moro directly traced to religious 'frenzy'. The Spanish used this term derived from the verb “jurar” or to take an oath. The oath is to kill the enemy by any means possible. It is assumed the Moro will be killed in his attempt to slaughter. Congressional medal award recipient and known Indian fighter, Cornelius Smith witnessed three accounts of juramentados in his six year tour of duty on the islands. Oddly enough, Smith commented that had the Moros who he considered courageous and dangerous fighters been left alone, they would have been no trouble. He blamed the Christianizing Spaniards for bequeathing a bloody legacy.
Juramentado Process
1. Consultation with Iman
2. Iman permits running amok
3. Forge a fine tempered barong or kris. “So fine as that the light touch could cut a horse”. Process takes a minimum of 12 hours
4. Shave the brow and forehead to appear pure
5. Bind different body parts with a cord in order to avoid hemorrhage. There's mention of the testes being bound as well. A juramentado must fall wounded and die without shedding much blood.
6. The more heads he cuts the better . Nothing must stop him except death.
Three types of Moro 'savage practices'
Juramentado - usually avenging himself.
Mundo - One who assaults or kills to rob others. Usually found in desolate areas and during 'hit and runs'.
Pulajones- An abuser and assassinator of victims. No ties to religious practice- pretty much a serial killer of the Moro kind.
so....adakah sundang Moro dan Melayu digunakan untuk tujuan yang sama.....
Majlis yang cukup mengilmukan...nasib baik tak terlepas. Ngantuk ngantuk pun datang juga....
hmmm... kalau dah tiru senjatanya, maka penggunaannya tiada jauh bezanya kan....
Satu teori berdasarkan circumstancial evidennce mengenai asal usul sundang atau kris pada org Sulu / Moro.... teori jer yer......
Berdasarkan proximity antara kerajaan Gowa Makassar di Sulawesi dgn org2 Sulu / Moro di kepulauan Filipina. Contohnya senjata barong yg diadaptasi dari senjata badik Makassar iaitu badik Lomppobattang (badik jantung). Dari senjata tusuk dan hiris, ianya disesuaikan pula dgn tradisi tempur tempatan Filipina iaitu menjadi senjata tusuk, hiris dan TETAK yg amat ampuh. Kalau org Filipina boleh meniru badik, maka tidak mustahil mereka juga meniru keris Gowa-Makassar dan diadaptasi sbg senjata sbgaimana barong. Budaya keris Makassar pula berasal dari sphere Majapahit empire, dan yg terdekat ialah Jawa Timur dan Bali. Sebagaimana yg kita semua diberitahu oleh En Azli bhw sememangnya budaya asal Makassar Gowa dan sekutunya Bugis Ternate & Bugis Wajo, adalah pelayar dan pedagang yg hebat sehingga akhirnya ditumpaskan oleh Bone dgn bantuan Belanda.
Time line nya Tuan Harizan......
tidak diketahui eranya secara spesifik, tetapi dlm abad ke 14
Bagi pendapat saya sundang Moro dan Riau (melayu) mempunyai tujuan yg sama samada dari segi pertempuran dan cara permainan yg lebih kurang sama. Kalau dilihat pada hulunya saya menjangkakan yg pedang ini lebih kepada melibas dan menetak...kalau benarlah Sundang Riau ni diadaptasi dari sundang Moro ..sudah tentu ia bertujuan utk berperang kerana atas kekecewaan mereka yg dihalau keluar dari Makasar mereka akan lebih menumpukan ke atas teknologi dlm peperangan dan mengembangkan pengaruh dan perdagangan di asia tenggara..
ya, setuju benar tu bro.... dan utk kepastian tentang kebolehgunaan sundang dlm tempur, kita harus ingat, sundang2 tradisi baik moro mahupun melayu, bersaiz lebih kecil (matanya kira2 antara 18 - 21 inchi) dan sebenarnya tidak seberat mana - maka amat sesuai utk tempur samada di darat atau air (atas kapal). Sundang2 saiz besar yg mana dr segi keseimbangannya amat tidak sesuai utk tempur adalah utk kegunaan upacara adat dan lambang kekuasaan, sebagaimana keris panjang yg TIDAK mempunyai nilai tempur, melainkan mistik dan lambang kuasa semata-mata. Dipercayai juga bhw sundang2 saiz besar adalah kreasi baru dlm tahun 1900 ke atas
salam.... Tuan2 Sesepuh.....
ada pendapat yang iambil dari sumber kerajaan negeri perak yang mengatakan sundang ialah senjata yang diadaptasi dari sulawesi sekitar tahun 1700 atau 1750 ........ dan jaraknya antara 1400 hingga 1750 itu satu jangka masa yang panjang........
SUNDANG KERIS PANJANG
link : http://sultan.perak.gov.my/bahasa/sundang.htm
SUNDANG KERIS PANJANG adalah kumpulan yang tertinggi dalam kumpulan keris. Ianya berasal dari Kepulauan Silawesi dan diperkenalkan ke Semenanjung Tanah Melayu dalam Abad Ketujuh Belas.
Mata Sundang mempunyai kesemua ciri-ciri keris bermata dua dan menjuru hulu.
Sundang digunakan untuk memotong dan mencincang dan bukan menikam. Dengan ini cengkamannya adalah berlainan daripada cengkaman keris dan ukuran puratanya ialah 56 sm panjang dan 20 sm lebar di hulunya.
memanglah bro, kan perang antara Makassar-Gowa dgn Bone-Belanda berakhir dgn kekalahan Makassar pada abad ke 17 (tahun 1669), sudah tentu sundang diperkenalkan ke Riau & Semenanjung pd abad ke 17. Dan mengikut kidung Negarakertagama yg ditulis pd tahun 1365, pengaruh empayar Majapahit (semasa Gajah Mada) sudah sampai ke Sulawesi - bukti menunjukkan pengaruh keris tiba di Sulawesi pd zaman Majapahit. Budaya keris Gowa dari Majapahit ini pula diadaptasi kepada sundang oleh puak2 yg tinggal berdekatan spt puak2 moro.
ish ish ish ..... tak per .... sekurang-kurangnya dah ada input mengenai sundang .... nanti aku carikan input lain lah pulak ..... biar pelbagai ......
input ini saya ambik dari tulisan Dr Farish A Noor bertajuk "From Majapahit to Putrajaya". Menurutnya, budaya keris panjang Sumatra dan keris Sundang Moro bermula selepas kedatangan bangsa Frank atau Feringgi dari Eropah yg membawa bersama mereka senjata2 yg bersaiz agak besar dan panjang. Untuk menyaingi senjata pedang Eropah, India & Arab, maka keris terpaksa diubahsuai dari segi bentuk dan saiznya - maka muncullah keris panjang dan sundang. Saya cut & paste di bawah sbg rujukan...... have a pleasant reading.....
Furthermore it must be remembered that the Muslim missionaries and traders brought with them not only a new creed and membership to a different religious community: They also brought with them new enemies, namely the Ferenggi56 (Christian Europeans) who were hot on their heels in search of merit in the global Crusade against Islam.57 To survive in this new environment, the Malay-Muslim had less need for pompous over-decorated weapons and more need for armaments that could persuade his infidel enemies of the righteousness of his cause.58
During the Islamic era the evolution of the kris took on a different turn. From sacred symbol and object of luxury and status, it found itself reduced to the level of a profane weapon of deadly seriousness instead. This alteration in the status and use of the kris was understandable considering the other changes that took place with the arrival of Islam. As the Malay archipelago came into the orbit of the Muslim world, new technologies including armaments, ballistics and armour were gradually introduced into the region from India and the Arab world.59 The kris had no choice but to compete with the weapons brought by both the Arab and Indian Muslims as well as their enemies the Ferenggi. As such innovations and modifications (such as the longer Kris Sundang of the Moros from Southern Philippines and the rapier-like Kris Bahari from Sumatra) were the order of the day.60
salam.......... Tuan Harizan.....
adakah ini bermaksud keris diubahsuai bentuk dan saiznya menjadi sundang........kerana kedatangan Portugis........ yang menguasai melaka...... dan selat melaka...... bagaimana pula dengan kedatangan belanda ke Jawa..... adakah senjata2 @ keris Jawa juga diubahsuai untuk menyaingi Belanda......
"budaya keris panjang Sumatra dan keris Sundang Moro bermula selepas kedatangan bangsa Frank atau Feringgi dari Eropah"
Saya rasa kurang bersetuju dgn pendapat ini kerana sebelum kedatangan bangsa feringgi pun orang Bugis dah ada pedang (Alamang).
Sebagai bangsa yg berpengaruh di dalam perdagangan di Asia Tenggara sudah pastinya mereka mempunyai hubungan dgn pedagang2 Arab sebelum kedatangan portugis lagi....jadi tidak mustahil teknologi senjata mereka itu lebih baik..cuma mungkin pedang (alamang) mereka tidak sehebat pedang Belanda semasa menyaingi Puak Bugis (Bone) suatu masa dahulu...tetapi utk menyatakan bahawa budaya keris panjang selepas kedatangan Portugis rasanya kurang tepat...hanyalah pendapat saya.
sepertimana yg kita telah tahu, kaedah perang Jawa berbeza dgn cara Mekassar-Gowa (maritime kingdoms) kerana budaya Jawa ialah agrarian, iaitu kerajaan yg berpusat. Org Jawa lebih gemar menggunakan tombak, pedang (sabet & tusuk). Mengenai Melaka, sememangnya tiada sundang semasa dan selepas penaklukan portugis. Sundang diperkenalkan pd hujung abad ke 17 atau awal abad 18 di Sumatra & Semenanjung selepas pengungsian beramai-ramai bangsa Makassar-Gowa, Bugis Ternate dan Bugis Wajo selepas kerajaan Gowa ditawan oleh Bugis Bone (Arung Palakka) dgn kerjasama Belanda pd tahun 1669. Menurut En Azli Sundang, gabongan Makassar & Bugis Wajo/Ternate telah mencari ide bagaimana utk menyaingi kekuatan Belanda - dari meriam, baju besi hingga ke pedang, yakni mengadaptasi senjata Moro/Sulu yg terkenal telah menewaskan bangsa Eropah - Sepanyol.
Kesimpulannya, teknologi dan strategi perang Jawa berbeza dgn Mekassar, dan tidak perlu utk org Jawa mengubah keris menjadi sundang. Seperkara lagi, org Makassar/Wajo/Ternate tidak melarikan diri ke Tanah Jawa atau menduduki Jawa secara paksa berbanding Riau Sumatra atau Semenanjung.
OK, kita cerita sundang moro dahulu - semasa ketibaan Ferdinand Magellan dlm misi Sepanyol untuk mencari emas dan penempatan baru, disambut oleh Datu Lapu-Lapu di pantai Mactan pd tahun 1521. Menurut gambaran yg ditulis di jurnal2 militer, mereka mengesahkan tentang penggunaan pedang besar (2 handed sword) yg digelar kampilan dan juga seligi buluh runcing(bamboo lance). Turut digambarkan ialah kris Filipina iaitu sundang juga telah wujud sebelum itu. Oleh kerana puak eropah yg tiba lebih awal di kawasan tersebut ialah Portugis selepas penaklukan Melaka, mereka juga membina gudang rempah di maluku yg boleh dikatakan hampir dgn Filipina, maka tidak mustahil mereka memerlukan senjata yg lebih ringan dari kampilan. Perlu diingat, Portugis menggunakan pedang rapier / tusuk, maka kampilan akan menghadapi masalah jika terpaksa dilawankan 1 sama 1 dgn rapier portugis. Maka senjata sundang (klasik kecil & ringan spt jian China) diadaptasi dari keris utk menghadapi Portugis, jika perlu. Begitu juga dgn pedang toledo Sepanyol, ianya agak tirus dan ringan........ keris panjang sumatra, rasanya cerita lain, dan saya sependapat bhw ianya tiada kena mengena dgn rapier portugis
Utk makluman.... itu pendapat Farish Noor. Pendapat peribadi saya sundang telah lama diadaptasi oleh org Moro & Sulu daripada keris Gowa-Makassar utk memenuhi kehendak cara perang yg mereka gunakan dan juga falsafah pkaian diri serta lambang kekuasaan datu2.
Oleh kerana kita masih belum mendapat konsensus yg jitu mengenai asal muasal keris sundang, saya cut & paste lagi satu pendapat yg diutarakan di vikingsword. Bagaimanapun beliau tidak mengemukakan sumbernya, cuma berdasarkan kehidupannya sbg org filipina, dan sedikit sebanyak memahami sejarah & budaya bangsa Sulu & Moro - Sundang Moro dikatakan berasal dari kesultanan Johor Riau (sebelumnya Melaka) yg dicipta berdasarkan senjata keris Melayu, sebagai senjata perang dan lambang penyatuan Melayu menentang penjajah Eropah - saya quotekan di bawah:
"As for the origins of the kris or precusor from keris to kris, I've written my opinions on previous threads. I put the link because Mindanao and Sulu royals trace their heritage to this region Johore, Melaka and Sumatra. The history site of Malaysia and Indonesia gives an overview during the 15th and 16th centuries and their connection and cause for migration from the Johore area to Brunei, Mindanao and Sulu. I'd still stand by my statements that the "archaic" kris changed from the keris during the reign of Sultan Kudrat and his father of Mindanao in the early to mid 17th century when the various sultanates unified in their struggle against foreign aggression and a symbolic form of the kris was created to indicate their relation to other Islamic Malay Sultanates. The kris transitions from dagger to sword when the Mindanao and Sulu sultanates continued to remain unconquered, therefore furthering the evolution from keris to kris. This would have been the same period when the major groups the Maranao, Maguindanao and Tausug showed their unification and made their forms of the kris yet kept their stylistic forms found in the trunk section which showed their specific point of origin. "
salam tuan2 para sesepuh....... bolehkah terangkan nama2 bahagian sundang berserta ricikannya sekali..... mengikut nama yang asal...... bukan nama yang dipanggil oleh sesetengah orang pada masa kini...... apakah falsafah di sebalik ricikannya serta nama yang diberi....... untuk sundang melayu, moro dan bugis.......
saya juga mengharapkan para sesepuh dapat memberikan keterangan...... cuma saya berpendapat, oleh kerana budaya keris berasal dari Tanah Jawa, dan lebih khusus semasa penyebaran pengaruh Majapahit pd abd ke 14, maka nama2 bhgn ricikan mahupun falsafahnya tidak jauh berubah dari apa yg direkodkan di dlm serat centhini (walaupun tidak boleh diambil 100% kerana perubahan masa dan tempat mempengaruhi suasana sosio budaya).
Sekar Kacang / telale gajah / belalai gajah - bergelung melambangkan rendah diri dan tanggungjawab manusia terhadap sang Penciptanya. Kalau pogok dinyatakan ianya dikhususkan kpd golongan atasan / pemerintah kerana lambang kebanggaan diri dan kekuasaan - meminta ketaatan org bawahan sehingga dapat memerintah dgn sempurna.
Jalu memet pelambang senjata lelaki (ehem....) yg harus sentiasa tersembunyi, dan digunakan hanya pada masa dan tempat yg sesuai - falsafah disebaliknya boleh ditafsir dgn pelbagai cara
Lambe Gajah - sebagai ingatan supaya menjaga mulut, kerana sebab mulut badan binasa
Tingil - conetan kecil tapi berbahaya - supaya jgn memperkecilkan hal kecil
Gabungan ri pandan dan ron dha - serat centini mengatakan maksudnya sbg "dhadha ma" atau kematian yg berpunca dari dada, ada pula yg mentafsir sbg lapang dada atau legowo...
Dlm masyarakat Jawa, segala apa yg dizahirkan melalui karya seni spt keris atau wayang dsb, boleh ditafsirkan berbagai cara, mengikut suasana semasa. Ianya tidak statik. Oleh itu, apabila org Melayu/Bugis/Sulu/Moro dsb menghasilkan karya seni sebegini, ianya tetap merupakan falsafah yg hampir sama dgn Jawa, cuma berubah mengikut keadaan dan tempat semasa.
WallhuA'lam
ade yg gtau saya, ia lambang kekuatan bang...kalau ia lambang kekuatan, mesti utk golongan atasan..jadi dah jauh sgt teori antara dua ni...ade komen?
ni saya dgr jer..just utk berbincang utk dpt kata sepakat..=)
ianya boleh ditafsirkan dengan berbagai cara - tidak statik. Karya seni lain juga begitu.
saya setuju jika ia dimaksudkan pelbagai..tp kalau sampai perlambangan juga berubah, there is something wrong somewhere pada saya...yerlah..org ni kata yg berbelalai gajah utk org besar.yg sana pula kata yg xde belalai gajah utk org besar..kan jauh tu..bukan nk cari keris raja ke ape, cuma ingin berbincang...
kenapa di panggil kembang/sekar kacang????dan kenapa perlambang sekar kacang itu yg digunakan???............ bukankah ia menunjukkan akan perkembangan dari keadaan polos, pogok, nguku bima, sekar kacang sempurna dan akhirnya nggelung wayang.........
xpaham....
pelbagai sehingga kadang2 bertentangan antara satu sama lain..... perlambangan asal muasal org yg mencipta ricikan sebegini saya tak tau, rasanya tiada sesiapapun boleh mengetahuinya secara pasti. Apa yg saya tulis di atas adalah berdasarkan serat centhini, satu karya adiluhung yg menceritakan seni perkerisan. Pendapat2 lain berdasarkan tradisi oral, dari mulut ke mulut - biasanya ada banyak tokok atau tambah, jadi tidak boleh dikatakan sbg fakta per se. umpama nasi putih, campur sikit garam, campur lada, kicap kemudian digoreng - jadilah nasi goreng. namun kebayakan org lebih suka makan nasi goreng dari nasi putih semata..... begitulah adatnya, maka terjadinya tafsiran ricikan keris yg pelbagai kerana banyak keterangan diambil dari mulut ke mulut shj - tiada kitab ulung utk dijadikan rujukan dan panduan, maka serat centhini adalah salah satu sumber yg pd pendapat saya boleh digunapakai......
or8...jelas...=)
apa yg cuba diterangkan oleh anakcurra ialah peringkat evolusi ricikan keris, bahkan dapur dan pakaiannya juga berubah mengikut keadaan zaman & budaya lokaliti terbabit - dari jaman kadewatan, kabudan sehingga zaman pengislaman tanah Jawa seterusnya zaman kamardhikan. bukan shj bentuk ricikan dan perabut shj berbeza, bahkan jenis besi serta falsafahnya juga turut menjalani proses evolusi.
Serat centhini pula adalah satu rekod kompilasi kebudayaan jawa yg diperkirakan mula dijilidkan pada zaman Sultan Pakubuwono IV, dan siap pada zaman Sultan Pakubuwono V pd tahun 1814 berdasarkan rekod2 dan amalan kebudayaan Jawa, termasuk budaya keris.
terima kasih diatas huraian lanjut nie..saya betul2 xpaham tadi ape yg anakcurra maksudkan
Jadi, ada beberapa hipotesis mengenai sundang ini....
1. Semua bersetuju bhw prototype sundang berasal dari keris
2. Keris Sundang TIADA di Sulawesi, samada Mekassar atau Bugis
3. Menurut Azli Pedang, sundang ditiru oleh orang Mekassar/Bugis/Melayu Johor-Riau dari keris sundang Sulu atau Moro bagi menyaingi pedang Belanda. Berlaku selepas perang Gowa-Bone pd tahun 1669.
4. Satu lagi teori, Sundang dicipta dari keris oleh orang Johor-Riau pd abad ke 17, kemudian ditiru oleh orang Sulu/Moro bagi menghadapi bangsa Eropah (berlawanan dgn teori Azli)
para sesepuh sila tambah.... nak publish nie kita punya hipotesis, siap bagi credit
Salam...... pada hamba hipotesis yang ke-4 lebih kukuh atas beberapa faktor :-
1. Hubungan yang rapat antara kerajaan Mataram, Johor-Riau, Siak, Mekassar/Bugis /Melayu dan kerajaan2 kecil di Alam Melayu yang lain.
2. Selepas tahun 1700 masehi dan ke atas.... budaya pembuatan keris dan lain senjata mencapai kemuncaknya....
3. Bentuk dan seni tempa sundang di alam Melayu di adaptasi terus dari seni tempa keris.. termasuklah segala ricikannya yang lebih sempurna dan 'hidup' di mana empu atau tukang tempa sundang Melayu seolah2nya memahami akan falsafah yang diadaptasinya .
4. Bentuk dan seni tempa sundang MORO walaupun di adaptasi terus dari seni tempa keris.. termasuklah segala ricikannya ....namun nampak kurang sempurna dan 'tidak hidup' dan seolah2 kaku seolah2 tukang tempa tidak memahami makna dan falsafah ricikan sundang itu.
dan ada beberapa hipotesis lain yang akan di kemukakan kemudian.......yang akan turut menyokong hipotesis ke -4
dan beberapa hipotesis,
i) Fizikal dan faktor sundang itu sendiri menunjukkan ia bukan alat utk menikam.
ii) Agar sukar utk mengetahui adaptasi sundang dan keris dari mana, oleh kerana Asia tenggara merupakan pusat perdagangan yg pesat ketika itu.
iii) Dari segi pembuatan sundang antara moro dan Riau sudah tentu ada perbezaan dari segi logistik, sosio ekonomi dan sosio politik.
yang lain2 InsyAllah nanti.
salam........ teori terbaru yang hamba terima berkenaan sundang bugis /melayu........... kreasi sundang ini bermula sekitar tahun 1750 dan keatas.....di zaman kegemilangan kerajaan Mataram Sultan Agung....... di kreasi di sebelah Riau yang mempunyai pengaruh Bugis yang kuat serta yang mana ianya berdekatan dengan kerajaan Banten yang punya hubungan langsung dengan kerajaan Mataram.
Sundang ini asalnya diciptakan sebagai pakaian yang bermaksud menambahkan rasa gah kepada kaum Bugis itu sendiri....... disamping untuk membangkitkan rasa wibawa kepada mereka yang menjadi pemerintah...........yang ketika itu menguasai kepulauan itu........setelah itu dibawa ke Kalimantan@ Borneo...... dan seterusnya ke Sulu dan akhirnya ke Filipina.........
jika Tuan2 ada apa2 yang bisa menyokong atau menidakkan teori ini.... harap dapat dikemukakan...... untuk kita sama2 belajar dan menambah ilmu pengetahuan......
wassalam...... wallahualam......
kalau tgk bawah nama tu mcm persatuan sayur...mmm...seludup sundang dlm sayur ke..menarik gak...
heheheh..... kalau kena sundang tu..... alamat jadi sayur ..... hehe
Post a Comment