Tuesday, February 5, 2008

keinsafan itu suatu rahmat dari Nya...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahiim......sesungguhnya hambaMU ini redha dengan ketentuanMU.....

Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu
tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu
telah diistidrajkan oleh Allah SWT."

(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru
dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya
adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian
didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan
berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam,
bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan
Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja.
Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup
tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah
menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu takut mati?
Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.

Tak kisahlah! Sombongnya mereka,takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka
tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud
menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia
merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang
beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli,
sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah
beribadatpun, rezeki datang mencurah- curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu
boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang
Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan
semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul
æIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu
atau merayap di celah-celah daun.

Hmm...setiap ape yg berlaku tu, ade hikmah di sebaliknye..hikmah ni kitelah yg kene fikirkannye..kan ade akal, fikirlah..

Setiap ape yg berlaku ke ats kite adalah yg 'terbaik' utk kite..Allah tidak akan sia2kan usaha hamba2Nya..Allah kan Maha Pemurah, Maha Mengasihani...so, bersangaka baiklah dgn setiap ape yg berlaku..jike kite dilanda kesusahan anggaplah ianya sebagai cabaran dan dugaan kemudian pupuk lah pengharapan kepada Allah (Ar Raja')

Bagi insan yang telah Allah berikan kesenangan dan kelapangan..janganlah lupe daratan..mungkin ianya istidraj utk kite..Allah akan menguji keimanan kite..

Wassalam...

2 comments:

harizan tarmuji said...

Hmmm....ko perli aku ke ape Cutie....jakasombong dah tak sombong lagi, lagi mesra you..acah je. Very insightful read for self muhasabah. Teringat pulak cerita mimpi Sultan Alauddin Riayat Shah bermimpi berjumpa Rasulullah SAW di bulam Muharram yg mulia ini. Banyakkan salawat ke atas nabi dan ahlil Bait (the real Ahlil Bait), insyaallah syafaat baginda kita dapat......

KERIS X'Change & Co. One Stop Centre said...

tulisan diatas........sesungguhnya........... ku tujukan untuk diriku sendiri.....dan untuk mereka yang ingin bersama Khaliqnya........dan menitislah air mata ini.....

Ya Allah....ampunilah segala dosaku selama ini .........................................................

About Me

Castle Damansara, Selangor, Malaysia
email : anakcurra@yahoo.com.sg cutiecurra@yahoo.com.my contact no. 013-3478461

Blog Archive