Sunday, April 22, 2012

Tuesday, April 10, 2012

Menelusur Sejarah Keris Penghulu @ Keris Anugerah Sultan bagi Kerajaan Johor dan Jajahan Takluknya.

Menelusur Sejarah Keris Penghulu @ Keris Anugerah Sultan bagi Kerajaan Johor dan Jajahan Takluknya.

Secara umumnya terdapat banyak keris yang dikenali sebagai keris Penghulu di bahagian selatan Semenanjung Malaysia. Keris2 ini yang menjadi buruan dan kegemaran para kolekttor keris sebenarnya adalah keris ANUGERAH dari Sultan Johor yang diperkirakan bermula dari Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim (1862-1895: Temenggung Che Wan Abu Bakar/Ungku Abu Bakar). Anugerah ini ialah untuk para pembesar2nya dan juga orang yang berjasa kepada kerajaannya... ini termasuklah kepada orang asing iaitu orang-orang Inggeris.

Seterusnya pemberian keris anugerah dan sepersalinan ini telah dilanjutkan oleh Sultan2 Johor yang seterusnya.

Diperkirakan bahawa keris ini bukanlah keris kuasa sebagaimana yang didakwa oleh banyak pihak... melainkan ianya hanyalah berstatus ANUGERAH atau KURNIA dari Sultan sahaja bersama2 sepersalinannya. Oleh itu pengurniaan keris tersebut bukanlah bermakna bahawa individu yang menerimanya mempunyai kuasa yang diperturunkan oleh Sultan bagi menjalankan pemerintahan di daerah2. Berdasarkan kajian lapangan... Kerajaan Johor selepas era (1855-1862) Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim (Seri Maharaja Johor).... para pembesar2 Johor tidak lagi menggunakan keris kuasa bagi mewakili Sultan dalam pemerintahan jajahannya. Dengan kata lain.. keris ini adalah khusus untuk kawasan dibawah jajahan Sultan Johor dan bukannya Riau atau kawasan sekitarnya.

Sebab itulah keris 2 sebegini sebenarnya bukanlah langka sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak atau keris yang berkualiti tinggi seperti mana sesetengah buatan Sang Empu. Kebanyakkan keris2 ini ditempa secara pukal atau banyak bagi tujuan khusus majlis Anugerah tersebut.... kebiasaannya dianugerahkan pada hari Keputeraan Baginda Sultan. Dengan kata lain bilah2 kerisnya bukalah tempahan khusus untuk peribadi seseorang. Berdasarkan penelitian kepada bilah-bilah yang ditemui... kebanyakkannya masih mempunyai kesan kikir tanpa dihaluskan secar sempurna. Bahan besinya pula adalah bahan besi yang sudah melalui proses relau terutama pada bahagian baja/sloroknya. Bagaimanapun kebanyakkan dari bilah2nya mempunyai kualiti yang boleh dikatakan sebagai baik. Meneliti pakaian keris ini pula... pakaiannya adalah bercirikan pakaian keris daerah Melayu Johor - Riau - Lingga..... kerna ia mengikut ciri2 daerah setempat.

Kebanyakkan bilahnya pula ditempa seakan mengikut gaya tempa keris Bugis kerana pengaruh Bugis yang kuat dalam kerajaan Johor dimana Sultan sendiri adalah berdarah Bugis. Maka tidak hairan lah semua keris2 yang didakwa sebagaai keris Penghulu di kawasan Selatan Semenanjung ini adalah bercirikan dan mengikut gaya Bugis.

Wednesday, January 14, 2009

tilam upih???????.............




singo barong si fakir........kodian buatan madura.......agaknya.....




belum mandi.............opppppssss...........baru nak mandi......




Keris Panjang Carita Semenanjung...............................




proses menyampirkan....... pakai sampir terpakai.............almaklumlah orang fakir.......sampir lama ni rasanya dari kemuning emas tua.....tak tau lah sesuai ke dak ngan bilah alang Kuasa ni...........tapi ni je lah yang hamba mampu buat masa ni......

bilah berlurah depan dan belakang...............bilah nipis tidak seperti keris alang yang biasanya tebal atau hampir membulat...............panjang 63.5 cm.........besi halus licin berserat............

TIDAK UNTUK DIMAHAR, BARTER, TRADE IN ATAU PERAIT......

About Me

Castle Damansara, Selangor, Malaysia
email : anakcurra@yahoo.com.sg cutiecurra@yahoo.com.my contact no. 013-3478461

Blog Archive